BANTUAN & PERTOLONGAN (#12039)

Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu, dengan Nama-Mu yang teragung, untuk membantuku dalam apa yang akan menyebabkan urusan-urusan hamba-Mu maju, dan kota-kota-Mu makmur. Engkau, sesungguhnya, mempunyai kuasa atas segala benda!

-Bahá'u'lláh
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12040)

Diagungkanlah Nama-Mu, Ya Tuhan, Tuhanku! Akulah yang telah memalingkan wajahku kepada-Mu dan telah bergantung sepenuhnya kepada-Mu. Aku memohon kepada-Mu demi Nama-Mu yang melaluinya samudera ucapan-Mu telah bergelora dan bayu-bayu ilmu-Mu telah ditiupkan, agar menyebabkan daku dibantu untuk mengabdi kepada Akidah-Mu dan diilhamkan untuk mengingati-Mu dan memuji-Mu. Turunkanlah kepadaku daripada syurga kedermawanan-Mu apa yang akan melindungiku daripada sesiapa pun kecuali Engkau dan akan menguntungkan daku di semua alam-alam-Mu. Sesungguhnya, Engkau adalah Berkuasa, Yang Tak Dapat Dicapai, Yang Tertinggi, Yang Tahu, Yang Arif.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12041)

Ya Engkau Yang wajah-Nya adalah tujuan pujaanku, Yang keindahan-Nya adalah tempat perlindunganku, Yang kediaman-Nya adalah matlamat-Ku, Yang pujian-Nya adalah harapanku, Yang pemeliharaan-Nya adalah sahabatku, Yang cinta-Nya adalah punca kewujudanku, Yang sebutan-Nya adalah ketenanganku, Yang kedekatan-Nya adalah hasratku, Yang kehadiran-Nya adalah keinginanku yang terdalam dan cita-citaku yang tertinggi, aku memohon kepada-Mu agar jangan menahan daku daripada hal-hal yang telah Engkau tetapkan bagi orang-orang pilihan dalam kalangan hamba-Mu. Lalu anugerahilah daku dengan kebaikan dunia ini dan akhirat.          Sesungguhnya, Engkaulah Raja semua manusia. Tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Mengampuni, Yang Maha Dermawan.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12042)

Letakkanlah segala kepercayaan dan keyakinanmu kepada Tuhan yang telah menciptakanmu dan carilah bagi dirimu sendiri pertolongan-Nya dalam segala    urusanmu.


Berpuaslah engkau dengan Daku dan janganlah mencari penolong yang lain. Kerana tiada yang lain selain Daku akan dapat mencukupimu.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12043)

Adakah penghalau kesukaran-kesukaran selain Tuhan? Katakanlah: Terpujilah Tuhan! Dia adalah Tuhan! Semua adalah hamba-Nya dan semua tunduk pada perintah-Nya!

-The Báb
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12044)

Katakanlah: Tuhan mencukupi segala sesuatu di atas segala-galanya dan tidak ada di langit mahupun di bumi yang mencukupi kecuali Tuhan. Sesungguhnya, Dia Sendirilah Yang Maha Tahu, Yang Maha Pemelihara, Yang Maha Kuasa.

-The Báb
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12045)

Ya Tuhanku, Rajaku dan Tuanku! Aku telah memisahkan diriku daripada saudaraku dan mencari melalui-Mu agar menjadi bebas daripada semua yang ada di bumi dan bersiap sedia untuk menerima apa yang terpuji dalam pandangan-Mu. Kurniakanlah kepadaku kebaikan yang akan menjadikan daku bebas daripada semua kecuali Engkau, dan berikanlah daku bahagian yang besar daripada rahmat-Mu yang tak terbatas. Sesungguhnya, Engkau adalah Tuhan berkat yang tak terhingga.

-The Báb
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12046)

Ya Tuhan! Izinkanlah semua manusia dunia ini untuk mendapat tempat dalam Syurga Akidah-Mu, agar tiada benda tercipta kekal jauh daripada lingkungan keredaan-Mu. Sejak zaman abadi lagi Engkau telah berkuasa untuk membuat apa sahaja yang Engkau senangi dan unggul daripada apa sahaja yang Engkau redai.

-The Báb
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12047)

Tuhan! Kasihanilah kami, berikanlah berkat-Mu; miskin, kurniakanlah kami sebahagian daripada samudera kekayaan-Mu; memerlukan, puaskanlah kami; hina, berikan kami keagungan-Mu. Burung-burung di udara dan binatang-binatang di padang menerima makanannya daripada-Mu setiap hari, dan semua makhluk memerlukan jagaan dan kasih sayang-Mu.

Janganlah menafikan yang lemah ini rahmat-Mu yang menakjubkan dan kurniakanlah dengan kekuatan-Mu kepada jiwa yang lemah ini berkat-Mu.

Berikanlah makanan harian kami, dan kurniakanlah daripada-Mu peningkatan dalam keperluan-keperluan hidup, agar kami tidak akan bergantung kepada sesiapa pun kecuali Engkau, dapat berhubung sepenuhnya dengan-Mu, dapat berjalan di jalan-jalan-Mu dan mengumumkan misteri-misteri-Mu. Engkau adalah Yang Maha Kuasa dan Pengasih dan Pembekal kepada semua manusia.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12048)

Ya Tuhan, Tuhanku! Bantulah kekasih-kekasih-Mu untuk teguh dalam Akidah-Mu, untuk berjalan di jalan-jalan-Mu, untuk setia kepada Ajaran-Mu. Berikanlah kepada mereka kurnia-Mu untuk menahan serangan keakuan dan hawa nafsu, untuk mengikuti cahaya Bimbingan Ilahi. Engkau adalah Berkuasa, Maha Rahmat, Yang Berdiri Sendiri, Pemberi, Pengasih, Yang Maha Kuat, Yang Maha Rahmat.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

BANTUAN & PERTOLONGAN (#12049)

Ya Engkau Pembekal yang ilahi, kasihanilah kami, berikanlah pertolongan-Mu; pengembara yang tiada tempat berteduh, berikanlah perlindungan-Mu; terpisah, satukanlah Engkau kami; sesat, himpunlah kami ke lingkungan-Mu; memerlukan, kurniakanlah kepada kami bahagian dan habuan-Mu; dahaga, bimbingilah kami ke mata air Kehidupan; lemah, perkuatkanlah kami agar kami dapat bangkit untuk membantu Akidah-Mu dan menawarkan diri kami sebagai pengorbanan hidup di jalan bimbingan-Mu.

-`Abdu'l-Bahá
-----------------------

